Wanita muda dipilih AJK Pemuda Gerakan - Parti Gerakan Rakyat Malaysia

Wanita muda dipilih AJK Pemuda Gerakan

KUALA LUMPUR 17 Nov. - Parti Gerakan memecah tradisi apabila memilih seorang wanita muda sebagai ahli jawatankuasa pusat pemudanya.

Ooi Ai Zhen, 24,  dipilih bersama-sama 11 pemuda lain untuk memegang jawatan itu bagi tempoh tiga tahun akan datang.

Pekerja pentadbiran itu ketika ditemui pemberita berkata, beliau menghargai pemilihannya dalam Pemuda Gerakan dan berharap mampu menarik lebih ramai golongan muda menyertai parti itu.

“Saya berharap boleh menarik lebih ramai golongan muda menyertai parti. Ini merupakan langkah luar kotak yang diambil parti. 

"Saya sebagai wanita boleh menjadi individu yang menjalankan semak dan imbang dalam Pemuda Gerakan,” katanya.

Seramai 150 perwakilan Pemuda Gerakan yang layak mengundi hari ini.

Dalam keputusan yang diumumkan pukul 4 petang ini, Ketua Pemuda Gerakan disandang oleh Ooi Zhi Yi yang menang tanpa bertanding manakala timbalannya dimenangi oleh  Pang Whye Nam.

Sebanyak tiga Naib Ketua Pemuda yang baru dipilih ialah Inderjit Singh Swaran Singh dari Selangor, Chan Chee How (Pahang) dan Yap Hong Ting dari Johor.

 

Source: https://goo.gl/BA1MmB

 

Search

Calendar

Top

Follow @partigerakan