Sambut Deepavali dengan semangat Malaysia baharu - Gerakan

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) berharap perayaan Deepavali yang akan disambut esok disemarakkan dengan semangat baharu rakyat Malaysia.

Presidenya, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dianggap sebagai nafas baharu dalam politik negara adalah selaras dengan semangat perayaan cahaya itu yang melambangkan kemenangan daripada kegelapan rohani. 

Sambil mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada masyarakat kaum India beragama Hindu di negara ini, Mah berkata kerajaan harus bersedia dengan jangkaan dan piawaian yang tinggi oleh rakyat.

"Justeru itu, kerajaan dan pihak berkaitan harus memberi perhatian yang lebih besar terhadap masalah mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Source: https://goo.gl/zmSffh

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan