BR1M tiada kaitan politik BN

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan satu program kebajikan yang bertujuan mengurangkan beban rakyat selain tidak mempunyai kaitan kepentingan politik Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden Gerakan, Datuk A. Kohilan Pillay berkata, bantuan berkenaan tidak sewajarnya dimansuhkan demi membantu rakyat dalam golongan sasaran.

Katanya, program berkenaan telah diwujudkan pada 2011 bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terpaksa berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup dan inflasi. 

“Program ini tidak sepatutnya dimansuhkan hanya semata-mata ia adalah merupakan tinggalan pentadbiran BN.

“BR1M telah diiktiraf sebagai kaedah paling efektif oleh agensi-agensi kewangan yang mempunyai reputasi tinggi di seluruh dunia seperti Moody dan Bank Negara Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

 

Source: https://goo.gl/weWNLN

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan