Gerakan: S'gor perlu mansuh tol Kesas, ikut jejak BN

Ketua biro undang-undang Gerakan Chai Ko Thing berkata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali perlu melobi pemansuhan tol lebuh raya Shah Alam Expressway (Kesas) dan bukanlah meremehkan langkah BN menghapuskan empat plaza kutipan tol itu.

"Apakah kerajaan Selangor yang merupakan salah satu pemegang saham memansuhkan kutipan tol itu?" Tanya beliau dalam sebuah kenyataan hari ini.

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang dimiliki kerajaan negeri, mempunyai 30 peratus saham Kesas.

Sementara 70 peratus lagi pegangan saham dikawal Gamuda Berhad.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam ucapan Bajet 2018 bersetuju untuk memansuhkan kutipan tol di Batu Tiga, Shah Alam dan Sungai Rasau, Selangor mulai 1 Januari 2018.

Beliau berkata kerajaan juga akan memansuhkan kutipan tol di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan tol Eastern Dispersal Link (EDL) di Johor.

Chai mengkritik Azmin kerana meremehkan pemansuhan empat tol tersebut.

Manakala itu syarikat pengendali Lebuhraya Utara Selatan Berhad (PLUS) menjelaskan perjanjian konsesi plaza tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor dijadualkan berakhir pada hujung 31 Disember 2038.

 
 
 
 

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan