Kebajikan rakyat Pulau Pinang tidak terabai

GEORGETOWN: Pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat sebentar tadi, membuktikan kebajikan rakyat Pulau Pinang tidak terabai walaupun di bawah pentadbiran parti pembangkang.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow, beliau yakin semua peruntukan yang diumumkan kepada Pulau Pinang adalah hasil usaha Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kesihatan yang lebih mengetahui keperluan rakyat negeri ini.

"Kerajaan DAP Pulau Pinang selalu hanya lebih gemar berkonfrontasi dengan kerajaan Pusat di media, dalam usaha untuk memohon kemudahan infrastruktur.

"Saya kira, semua pengumuman kepada Pulau Pinang ini adalah usaha yang dilakukan Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kesihatan yang lebih mengetahui apa yang diperlukan rakyat negeri ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2018 mengumumkan peruntukan bagi projek naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), RM500 juta bagi pembinaan klinik pakar dan bangunan wad tambahan di Hospital Pulau Pinang (HPP), serta pembinaan Dewan Bedah di Hospital Balik Pulau.

Mengulas lanjut, Chang Yeow berkata, Bajet 2018 juga bakal memajukan Pulau Pinang sebagai destinasi utama bagi industri pelancongan perubatan.

Katanya, ketika ini Malaysia menduduki tempat ketiga sebagai destinasi pilihan bagi pelancongan perubatan di Asia, di mana Pulau Pinang menyumbang dua pertiga kepada sektor berkenaan.

 
 
 
 

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan