'Bukti Malaysia bukan negara gagal'

KUALA LUMPUR: Langkah berani kerajaan melakukan perubahan demi kemajuan negara adalah keputusan tepat walaupun tidak disenangi semua pihak.

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong, berkata Bajet 2018 menunjukkan kemampuan Barisan Nasional (BN) dalam melaksanakan pembangunan infrastruktur tanpa menjejaskan kedudukan fiskal negara.

Beliau berkata, bajet kali ini menunjukkan kerajaan mempunyai semangat dan keupayaan politik menyuarakan kebimbangan rakyat dengan mengumumkan pengurangan cukai pendapatan yang boleh meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat, terutama golongan pertengahan 40 peratus (M40).

"Bajet 2018 tidak mencerminkan Malaysia sebagai negara gagal kerana negara gagal tidak mampu membentangkan bajet komprehensif. 

"Sebaliknya, ia menekankan kaedah untuk mengekalkan prestasi tinggi komoditi eksport bertunjangkan 3P iaitu produktiviti, promosi dan pekebun kecil", katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Beliau berkata, bajet kali ini bersifat bertanggungjawab, realistik dan mengetengahkan rakyat, selain mengimbangkan antara pembangunan ekonomi serta mendengar keluhan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

 
 
 
 

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan