Kerajaan Pulau Pinang perlu memberikan penjelasan ke atas jumlah tanah yang telahpun dijual Kenyataan Akhbar daripada Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong

Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong mendesak kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memberikan penjelasan, sejak Pakatan Rakyat berkuasa pada 308, berapa ekar tanah yang telahpun dijual oleh kerajaan negeri? Sehingga kini, berapa ekar tanah yang masih tinggal? Sekiranya kerajaan negeri terus menyembunyikan, maka ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri beroperasi secara tertutup.

Pemuda Barisan Nasional dan Pemuda Gerakan Pulau Pinang terus membuat pendedahan bahawa sejak kerajaan negeri Pakatan Rakyat berkuasa, ia secara “aktifnya” menjualkan banyak tanah dan hartanah milikan kerajaan negeri seperti tanah kerajaan di Jalan Taman Free School, 1.1 ekar tanah kerajaan di Jalan Zainal Abidin, tanah kerajaan negeri di Jalan C.Y. Choy dan banyak lagi.

Selain daripada tanah yang disebutkan di atas, banyak hartanah di kawasan bandaraya Pulau Pinang turut dijual, seperti 9 buah bangunan rumah pra-perang di Jalan Magazine, 5 buah bangunan rumah di Jalan Kimberly dan sebuah bangunan rumah di Lorong Hutton, kesemuanya merupakan harta milikan MPPP.

Selepas mendapat keuntungan melalui kaedah tersebut, lalu dengan lantasnya mendakwa dalam laporan kewangan bahawa kerajaan negeri telah mencatatkan keuntungan dari kerugian, tetapi teknik tersebut tidak menguntungkan rakyat Pulau Pinang. Maka, rakyat perlu mengecam wajah sebenar kerajaan negeri Pulau Pinang dan berwaspada pada harta milikan kesemua rakyat Pulau Pinang.

Di sepanjang penggal pentadbiran Barisan Nasional, banyak aset telah ditinggalkan seperti rizab modal, tanah, kedai, bangunan rumah dan sebagainya kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang mengambil alih kuasa, tetapi kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP adalah serupa “anak generasi muda yang kaya-raya”, menjual tanah milikan kerajaan negeri tanpa berhenti, tetapi tidak pernah membina rumah pangsa rakyat atau flat kos sederhana dan rendah kepada rakyat Pulau Pinang, tindakan sedemikian adalah seakan menjual kepentingan rakyat Pulau Pinang.

Kami ingin mendesak kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP untuk memberi penjelasan secara jelas, di sepanjang 4 tahun yang lepas berapa ekar tanah milikan kerajaan negeri telah dijual? Apakah kegunaan tanah-tanah tersebut? Berapa harga jual-beli tanah tersebut? Sehingga kini berapa ekar tanah yang masih berada di bawah milikan kerajaan negeri?

Hanya 12% daripada jumlah keluasan tanah di Pulau Pinang adalah milikan kerajaan negeri, tetapi selepas Pakatan Rakyat berkuasa pada 308, tanah tersebut telah dijual secara berterusan untuk kegunaan pihak swasta, ini seakan menjual kepentingan bersama rakyat Pulau Pinang!

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan