Polis berjaya menangkap peragut yang mengakibatkan kematian seorang wanita tua Pemuda BN Pulau Pinang menyerahkan wang ganjaran RM5000 kepada Polis Kenyataan Akhbar daripada Ketua Pemuda Barisan Nasional Pulau Pinang Oh Tong Keong

Ketua Pemuda Barisan Nasional Pulau Pinang Oh Tong Keong hari ini bersama dengan Setiausaha Pemuda Gerakan Pulau Pinang Hng Chee Wei menyerahkan wang ganjaran RM5000 kepada pihak polis Pulau Pinang sebagai penghargaan kepada mereka yang telah berjaya menangkap suspek peragut yang terlibat dalam kes meragut dan menyebabkan kematian seorang wanita tua di Jalan Padang Tembak, Pulau Pinang pada bulan Julai yang lepas.

Ketua Pemuda Barisan Nasional Pulau Pinang Oh Tong Keong berkata, tindakan ini menunjukkan bahawa Pemuda Barisan Nasional memang menepati janji dan ini juga menyahut slogan “Janji Ditepati” iaitu pemimpin parti politik mesti memperkotakan apa yang telah dijanjikan kepada rakyat.

Beliau berharap di bawah kerjasama rakyat dan polis akan dapat menurunkan kes jenayah dan menjadikan Pulau Pinang suatu tempat tinggal yang ideal. Dengan itu, penduduk Pulau Pinang boleh hidup aman dan makmur tanpa diganggu oleh masalah keselamatan.

Oh Tong Keong yang juga merupakan Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang berkata, sebagai sebuah parti politk, Gerakan bukan saja berkhidmat untuk rakyat, mereka juga megambil berat mengenai perkembangan kes ragut tersebut. Pihak polis berjaya menangkap suspek peragut dalam masa singkat telah berjaya meningkatkan keyakinan rakyat terhadap pihak polis. Beliau berharap rakyat dan polis dapat bekerjasama dengan lebih rapat demi mewujudkan suatu masyarakat yang selamat.

Beliau menyatakan bahawa wang ganjaran RM5000 akan dimasukkan ke dalam tabung kebajikan polis supaya mereka dapat menggunakan wang tersebut untuk tujuan kebajikan polis.

Sebelum ini, Pemuda Barisan Nasional Pulau Pinang telah menawarkan ganjaran wang tunai RM5000 untuk menangkap suspek peragut yang mengakibatkan kematian seorang wanita tua pada 10 Julai di Jalan Padang Tembak, Pulau Pinang, dan akhirnya pihak polis telah berjaya menangkap suspek peragut tersebut dan mendakwanya di mahkamah.

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan