Industri biomass sumber baharu ekonomi

PUCHONG: Industri biomass tempatan berpotensi dimajukan untuk menjadi sumber baharu kepada pertumbuhan ekonomi negara, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong.

Beliau berkata, industri biomass juga mampu menjadi ejen perubahan kepada ekonomi negara dan pada masa sama mengembangkan sumber biomass terutama dari sisa sawit secara mampan.

"Antara cabaran yang dihadapi dalam industri sawit ialah bagaimana hendak menjadikan pengeluaran minyak sawit lebih lestari dalam rantaian nilainya.

"Justeru kita harus membangunkan lagi industri biomass dan menjana lebih banyak kekuatan ekonomi menerusi keluasan ladang sawit yang dimiliki dan pada masa sama mengurangkan impak industri terhadap alam sekitar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucap utama dalam Seminar Jaringan Industri Biomass Malaysia anjuran Persekutuan Industri Biomass Malaysia (MBIC) di Kinrara, hari ini.

Source: http://www.bharian.com.my/node/286051

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan