Gerakan mengkritik tindakan Ahli-Ahli Majlis PBT Kedah berdemonstrasi Cheah Soon Hai berkata ia sandiwara Pakatan Rakyat semata-mata Kenyataan akhbar dari Pengerusi Gerakan Negeri Kedah merangkap ADUN Derga Dr. Cheah Soon Hai - Parti Gerakan Rakyat Malaysia

Gerakan mengkritik tindakan Ahli-Ahli Majlis PBT Kedah berdemonstrasi Cheah Soon Hai berkata ia sandiwara Pakatan Rakyat semata-mata Kenyataan akhbar dari Pengerusi Gerakan Negeri Kedah merangkap ADUN Derga Dr. Cheah Soon Hai

Pengerusi Parti Gerakan Negeri Kedah, Dr. Cheah Soon Hai mengatakan bahawa tindakan Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Kedah berdemonstrasi di hadapan bangunan Wisma Darul Aman Alor Setar untuk mendesak Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah berundur adalah tidak sesuai.

Dr. Cheah mengatakan bahawa beliau merasakan tindakan ini adalah kerana terdapat masalah yang wujud antara pegawai pentadbiran dan kerajaan negeri Kedah yang tidak dapat diselesaikan kerana kelemahan Pakatan Rakyat dan akhirnya diekspolitasi oleh Ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Kedah.

“Saya merasa aneh dan hairan kenapa Ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Kedah perlu bertindak sedemikian sedangkan mereka adalah dilantik oleh kerajaan Pakatan Rakyat, mereka sepatutnya menyuarakan ketidakpuasan mereka melalui saluran dalaman dan bukanya secara demonstrasi.”

Cheah, juga ADUN Derga mengatakan bahawa tindakan-tindakan ini adalah semata-mata sandiwara politik dan merupakan taktik yang biasa digunakan oleh Pakatan Rakyat.

“Taktik Pakatan Rakyat adalah menyalahkan sesuatu pihak untuk mengalihkan perhatian rakyat bagi mengurangkan kritikan apabila mereka gagal menyelesaikan sesuatu masalah.”

Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa sebagai Ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Kedah, tanggungjawab dan peranan mereka adalah untuk menyelasaikan masalah rakyat dan bukanya mempolitikkan sesuatu isu.

Dr. Cheah berkata, Pakatan Rakyat kononnya sentiasa mengatakan bahawa parti politik tidak sepatutnya mencampur tangan atau mengganggu pentadbiran kerajaan, tetapi sekarang mereka telah mencampur tangan secara terbuka dalam kes ini. Ini menunjukkan mereka tidak jujur dan tidak lakukan seperti apa yang dikatakan atau "cakap tak serupa bikin". Parti Gerakan mendesak Ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Kedah itu untuk memohon maaf secara terbuka kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan rakyat Negeri Kedah atas perbuatan mereka yang tidak bersopan itu.

“Memandangkan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah adalah dilantiik oleh Sultan Kedah, tindakan untuk mendesak SUK berundur adalah seolah-olah tidak menghormati kuasa dan keputusan Sultan Kedah.”

Search

Calendar

Top

Follow @partigerakan