Pemuda Gerakan: SPR perlu bekal salinan daftar pemilih - Parti Gerakan Rakyat Malaysia

Pemuda Gerakan: SPR perlu bekal salinan daftar pemilih

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menyediakan salinan Rang Daftar Pemilihan Tambahan (RPDT) apabila dokumen itu dipamerkan kepada orang ramai, kata Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong.

Yong yang juga seorang peguam berkata, SPR perlu menjalankan tanggungjawab itu berdasarkan kepada Seksyen 15 (2) (l) Akta Pilihan Raya 1958.

"Melainkan dipinda, jelas di bawah peruntukan ini, SPR adalah bertanggungjawab untuk menyediakan salinan," Yong memberitahu Malaysiakini.

SPR, katanya, di bawah seskyen berkenaan boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong membuat peraturan-peraturan bagi pendaftaran pemilih dan bagi segala perkara yang bersampingan dengannya.

"Apakah ada arahan peraturan baru? Jika ya, kelulusan Yang di-Pertuan Agong diperlukan," katanya.

Kelmarin, SPR mengesahkan telah mengeluarkan arahan kepada pengarah-pengarah pilihan raya negeri untuk pemberhentian pengedaran RDPT Suku Tahun kepada parti-parti politik semasa pameran RDPT dijalankan.

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata ia adalah bagi pemakluman awal kepada pengarah-pengarah pilihan raya negeri sebagai persediaan sebelum surat pemakluman rasmi mengenainya kepada semua parti politik dikeluarkan dalam masa terdekat.

Jelasnya berdasarkan kepada Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, urusan pameran RDPT dijalankan di tempat-tempat yang diwartakan sebagai tempat pameran RDPT selama 14 hari.

 
 
 
 

Search

Calendar

Top

Follow @partigerakan