Potensi teknologi Santan Sawit Plus

SERI KEMBANGAN 27 Feb. - Teknologi Santan Sawit Plus mempunyai potensi pasaran luas di dalam dan luar negara serta pulangan pelaburan dalam tempoh yang singkat selama dua tahun.

Teknologi santan sawit itu juga telah dipaten di Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand. 

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, teknologi dan formulasi produk makanan termasuk Santan Sawit Plus yang dibangunkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menyediakan peluang kepada syarikat industri kecil dan sederhana untuk menceburi perniagaan dalam industri sawit. 

"Peluang ini wajar dimanfaatkan oleh usahawan tempatan bagi menceburi perniagaan berasaskan produk sawit yang mempunyai potensi besar," katanya selepas mengadakan lawatan ke Premium Food Corporation Sdn. Bhd. di sini hari ini. 

 
 
 
 

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan