Gerakan mengalu-alukan pelantikan Tan Sri Sidek Hassan sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Khas menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Mah Siew Keong:Pasukan Petugas Khas harus menjalankan siasatan tanpa ketakutan atau berat sebelah

Kenyataan akhbar oleh

 

Presiden Nasional

 

Parti Gerakan Rakyat Malaysia

 

Y.B. Datuk Seri Mah Siew Keong

 

23 Februari 2017

 

 

Presiden Nasional Gerakan Y.B. Datuk Seri Mah Siew Keong berkata bahawa Gerakan mengalu-alukan pelantikan bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Khas untuk menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian urus niaga mata wang asing (forex) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar tahun 1990-an.

 

Mah percaya bahawa penubuhan Pasukan Petugas Khas oleh kerajaan merupakan langkah yang wajar dan tepat pada masanya. Beliau berkata Gerakan bertegas bahawa orang ramai berhak dimaklum tentang perkara sebenar yang berlaku dalam skandal kewangan tersebut. Siasatan rasmi ini akan membantu untuk mengenalpasti sama ada wujudnya elemen rasuah, penyalahgunaan kuasa atau salah urus dalam kerugian forex oleh BNM pada tahun 1990-an.

 

Beliau yakin bahawa pelantikan bekas KSN Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Khas adalah sesuai dan mampu memimpin siasatan yang lengkap, rapi dan adil ke atas skandal kewangan terbesar yang dianggar melibatkan kerugian sebanyak US$10bil (RM44bil). Beliau menekankan bahawa Pasukan Petugas Khas mesti menjalankan siasatan tanpa berasa takut atau berat sebelah kerana ia melibatkan Bank Negara dan jumlah kerugian yang amat besar.

 

“Siasatan rasmi ke atas skandal kewangan ini penting untuk memartabatkan prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban dan tadbir urus yang baik (good governance) dalam institusi-institusi awam negara seperti Bank Negara, pihak yang didapati bersalah harus didakwa dan hasil siasatan dirujuk untuk mengelakkan perkara yang sama berulang lagi,” kata Mah.

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan