YB keluar parti: Bukti DAP hanya sandiwara politik

Tindakan 4 orang YB daripada DAP Melaka keluar parti telah membuktikan bahawa segala keputusan serta tindak-tanduk pimpinan DAP kebelakangan ini adalah hanyalah bersifat sandiwara politik dan telah memakan diri kata Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong.

Pimpinan tertinggi DAP juga tidak mampu lagi untuk menyembunyikan kegagalan mereka bukan sahaja untuk meyakinkan rakyat, tetapi juga untuk meyakinkan ahli-ahli mereka terlebih dahulu ujarnya

Dalam satu kenyataan media yang diberikan hari ini, Mah berkata gagasan kerjasama politik mereka (bersama PPBM, PKR & PAN) serta kempen “Selamatkan Malaysia” baru-baru ini, adalah sekadar retorik politik semata-mata dan bukanlah bertunjangkan kepentingan rakyat. Langkah-langkah politik ini gagal mendapat kepercayaan ahli DAP sendiri

Ekoran daripada itu, sandiwara ini telah bukan sahaja mengakibatkan krisis keyakinan terhadap pimpinan DAP hari ini, tetapi juga termasuklah telah menjerumus ahli-ahli DAP ke dalam masalah kecelaruan identiti.

Mah juga berkata Kecelaruan identiti ini adalah berpunca daripada sikap pimpinan tertinggi mereka yang memilih untuk menjadi oportunis untuk terus bersandiriwara demi kepentingan peribadi.

Sehingga hari ini, sebahagian besar ahli DAP masih keliru, siapakah pemimpin de facto pakatan pembangkang dan apakah hala tuju perkembangan pakatan pembangkang yang sebenar.

Di bawah pimpinan YB Lim Guan Eng dan YB Lim Kit Siang, pimpinan DAP pada hari ini terbukti telah lebih menyebelahi dan menyanjungi orang luar, yang juga pernah menjadi musuh utama mereka seperti Dr. Mahathir, dan telah menafikan sumbangan ahli-ahli parti mereka yang telah lebih lama berjuang untuk DAP.

Oleh itu, kehilangan 50% kerusi Dewan Undangan Negeri dan satu-satunya kerusi parlimen di Melaka semalam, telah menggambarkan kegagalan kepimpinan DAP dan memberikan bayangan kepada rakyat Malaysia bahawa parti DAP tidak mampu untuk menawarkan keadaan sosio-politik negara yang stabil, kukuh dan mapan pada masa hadapan tambahnya lagi

Maka, saya menyeru rakyat Malaysia untuk menilai akan kemampuan sebenar parti pembangkang dalam arus perkembangan dunia yang semakin mencabar.

Kepimpinan Barisan Nasional adalah koalisi yang mampu menawarkan sebuah pemerintahan yang lebih stabil daripada segi sosio-politik, serta makmur dari segi pembangunan ekonomi yang inklusif tambahnya lagi.

Empat wakil rakyat DAP Melaka sebelum ini mengumumkan keluar parti, sekali gus menyebabkan parti berkenaan dilanda krisis.

Mereka adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Goh Leong San; Lim Jak Wong (Bachang); Chin Choong Seong (Kesidang) dan Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him.

 

 

Source: http://www.barisannasional.org.my/news/yb-keluar-parti-bukti-perjuangan-dap-hanya-sandiwara-politik-presiden-gerakan

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan