Kecewa tarian singa menjadi bahan politik

Tindakan segelintir pihak menjadikan tarian singa sebagai modal politik murahan disifatkan tidak bertanggungjawab dan cubaan menghina budaya masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Pengasas Persatuan Olahraga Tarian Naga dan Singa Gao Feng Malaysia, Yong Kheng Chien, berkata pihaknya tidak pernah `memilih bulu' terhadap mana-mana parti politik yang ingin mengadakan persembahan sempena Tahun Baharu Cina.

"Saya kesal dengan sikap mementingkan diri segelintir pihak yang menjadikan kami mangsa modal politik demi kepentingan sendiri sehingga berupaya menjejaskan reputasi persatuan.

"Saya mengambil keputusan untuk tampil memberi penjelasan supaya isu ini tidak berlarutan kerana mampu mengundang perpecahan dalam kalangan masyarakat.

"Kami tidak menari untuk meraih undi parti politik, sebaliknya persembahan ini adalah sebahagian daripada amalan budaya turun temurun masyarakat Cina," lapor portal Bharian sebentar tadi,

Beberapa individu khususnya pemimpin pakatan pembangkang sebelum ini memutarbelitkan isu tarian singa yang dipersembahkan sempena program rumah terbuka GERAKAN di ibu negara, 28 Januari lalu.

Antara tuduhan pihak terbabit adalah kononnya pasukan tarian singa berkenaan enggan beraksi di depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Lagak singa yang dikendalikan dua orang itu didakwa sebagai tanda protes kepada Najib dan Rosmah, sekali gus mengelirukan masyarakat dan menjejaskan imej persatuan berkaitan.

Antara individu yang dilapor melemparkan tuduhan dangkal itu ialah Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah; Naib Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin dan Hamizura Osman, iaitu adik Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Hamidah.

"Ramai media menghubungi saya dan meminta komen berhubung isu itu, justeru saya mengambil keputusan untuk memberi kenyataan supaya konflik ini tidak berlarutan.

Jangan jadikan tarian singa sebagai alat memecah-belahkan masyarakat, sebaliknya gunakan ia untuk menyatukan rakyat Malaysia yang sering disajikan dengan pelbagai kenyataan bersifat perkauman," katanya.

Source: http://www.barisannasional.org.my/news/kecewa-tarian-singa-menjadi-bahan-politik

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan