GERAKAN, MCA masih bincang pertukaran kerusi

MELAKA: Parti GERAKAN dan MCA dijangka dapat menyelesaikan isu pertukaran empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), selewat-lewatnya dua bulan lagi.

Naib Presiden GERAKAN, Datuk A Kohilan Pillay, berkata pertukaran empat kerusi di Pulau Pinang, Pahang serta beberapa negeri lain itu ketika ini masih di peringkat perbincangan.

"Kita masih berbincang mengenai pertukaran kerusi yang dijangka mengambil masa kira-kira satu hingga dua bulan dan kita akan umum serta atur strategi bagi memenangi kerusi terbabit selepas dipersetujui Majlis Tertinggi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Rumah Terbuka Parti GERAKAN Negeri Melaka di Dewan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Bachang, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Sementara itu, Pengerusi GERAKAN Melaka, Datuk Chua Lian Chye, berkata GERAKAN Melaka melihat beberapa kekuatan tertentu di negeri ini, seterusnya mengaturkan strategi bagi menghadapi PRU-14.

"Kita yakin GERAKAN mampu merampas semula kerusi di DUN Bachang pada PRU-14 melalui sokongan masyarakat yang diterima," katanya.

 

Source: http://www.bharian.com.my/node/242222

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan