Muslim travel ban: Arahan bersifat diskriminasi yang bakal mencetuskan masalah lebih besar

Kenyataan media oleh 

 

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia

 

YB Datuk Seri Mah Siew Keong

 

1 Februari, 2017

 

 

1.        Saya berpendapat bahawa arahan eksekutif daripada Presiden Donald Trump untuk melarang kemasukan imigrasi dari 7 negara majoriti Muslim (Muslim Travel Ban) adalah bersifat diskriminasi dan bakal mencetuskan masalah yang lebih besar.

 

2.        Diskriminasi, prejudis dan penindasan terhadap negara-negara Islam tersebut adalah salah dan harus dihentikan kerana arahan ini bukan sahaja bakal mewujudkan ketegangan di kalangan penganut agama Islam di Amerika Syarikat, tetapi juga di kalangan lebih 1.6 bilion (23% penduduk dunia) penganut agama Islam di seluruh dunia.

 

3.        Saya bersimpati dengan nasib mereka dan juga ahli keluarga mereka yang terlibat dan berharap agar Presiden Donald Trump dapat mempertimbang semula arahan eksekutif tersebut yang melibatkan negara-negara seperti Iraq, Syria, Iran, Sudan, Libya, Somalia dan Yemen.

 

4.        Selain daripada itu, saya ingin mencadangkan Presiden Donald Trump untuk mencontohi kejayaan Malaysia untuk menghalang perkembangan terorisme dan radikalisme agama.

 

5.        YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga telah berkongsi kepakaran Malaysia menghalang terorisme dan radikalisme pada Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tahun 2016.

 

6.        Malaysia tidak perlukan polisi "Muslim Travel Ban" untuk menghalang terrorisme dan radikalisme kerana Malaysia mempunyai solusi yang lebih holistik, tanpa perlu diskriminasi serta penindasan terhadap sesebuah agama.

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan