Defisit Bajet 2017 Pulau Pinang dianggap terlalu tinggi

GEORGETOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang disifatkan 'buta kira-kira' apabila membentangkan Bajet Negeri 2017 yang menyaksikan peratusan defisit terlalu tinggi.

Bendahari GERAKAN negeri, Ng Fook On, berlaku peningkatan mendadak dalam belanjawan negeri yang menyaksikan defisit meningkat sehingga RM667.1 juta. 

Fook On turut mempersoal sumber yang akan digunakan kerajaan negeri bagi membiayai bajet berkenaan.
 
"Apakah kerajaan negeri akan menjual lebih banyak tanah untuk membiayai bajet yang mencatat defisit begitu tinggi ini? 
 
"Kita juga mahu kerajaan negeri menjelaskan tujuan utama mereka membentangkan bajet defisit begitu tinggi yang dikhuatiri akan menjejaskan rakyat," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
 
 

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan