Gerakan Terus Kukuh Hadapi PRU14 - MB Perak

TAIPING, 19 Nov (Bernama) -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yakin parti Gerakan akan terus kukuh bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Beliau berkata Gerakan yang telah menghadapi pelbagai cabaran, kini bertambah matang bagi meraih kembali sokongan rakyat.

"Saya harap parti Gerakan kembali demi rakyat dan negara terutama dalam menghadapi PRU14," katanya ketika berucap pada jamuan ulang tahun ke-48 Parti Gerakan Perak di sini, malam Sabtu.

Zambry yang juga Pengerusi BN Perak, yakin di bawah kepimpinan Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong, parti berkenaan akan semakin mantap pada PRU14.

"Tahniah kepada parti Gerakan dan kerajaan Perak akan terus membangunkan negeri ini demi memastikan rakyat hidup dalam suasana aman," katanya.

-- BERNAMA


Source: http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/po/newspolitics.php?id=1303948

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan