Teng Akan Bongkar Satu Persatu Butiran Transaksi

GEORGE TOWN – Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang Teng Chang Yeow berikrar akan terus membongkar kewujudan perjanjian dengan jaminan keuntungan antara TIRSB dan Ideal Property Sdn Bhd bagi pembangunan Pulau Jerejak.

Dalam kenyataan hari ini, Teng yang juga Pengerusi Gerakan Negeri turut meminta Ketua Menteri Lim Guan Eng supaya bersabar sehingga beliau (Teng) menunjukkan dokumen bagi membuktikan wujudnya perjanjian itu.

Lim, dalam sidang akhbar pada Rabu lepas, menggesa Teng mengemukakan bukti bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang berpotensi meraih keuntungan RM220 juta sekiranya tidak membatalkan perjanjian dengan Ideal Properties Sdn Bhd untuk pembangunan Pulau Jerejak. – BERNAMA


Source: http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1304045

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan