Gerakan bincang soal pertukaran kerusi

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Parti Gerakan telah mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai beberapa pertukaran kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) antara parti tersebut dengan parti komponen BN untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Timbalan Presiden Gerakan, Dr. Cheah Soon Hai berkata, pertukaran kerusi itu merupakan satu keperluan berdasarkan perubahan komposisi penduduk di kawasan terlibat.

“Perkara ini telah dibawa kepada pengetahuan Pengerusi BN dan perbincangan mengenainya masih dijalankan.

“Mungkin juga tiada sebarang pertukaran kerusi dijalankan, kita masih belum putuskan,” katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Kebangsaan Ke-45 Parti Gerakan di Menara PGRM hari ini.

Yang turut hadir Ketua Wanita, Datuk Tan Lian Hoe dan Ketua Pemuda, Tan Keng Liang. - UTUSAN ONLINE



Source: http://www.utusan.com.my/berita/politik/gerakan-bincang-soal-pertukaran-kerusi-1.392211

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan