Kerajaan Negeri Pulau Pinang sengaja menyusahkan BN dan rakyat miskin Oh Tong Keong mencabar supaya pembayaran dalam 30 hari ditetapkan sebagai syarat baru Kenyataan daripada Ketua Pemuda BN Pulau Pinang Oh Tong Keong

Ketua Pemuda BN Pulau Pinang berkata bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menetapkan syarat ketat dalam isu menjual tapak untuk projek perumahan rakyat Taman Manggis kepada Barisan Nasional dengan mewajibkan pembayaran sepenuhnya ke atas baki yang selebihnya dalam masa 30 hari, ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang sengaja menyusahkan Barisan Nasional dan rakyat miskin Pulau Pinang. Kerajaan Negeri Pulau Pinang sememangnya tidak ikhlas untuk menjualkan tanah seluas 1.1 ekar itu kepada Barisan Nasional untuk membina projek perumahan rakyat bagi memanfaatkan rakyat miskin Pulau Pinang.

Oh Tong Keong menujukan soalan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sama ada syarat untuk memjelaskan baki yang selebihnya dalam masa 30 hari seperti yang digunapakai terhadap Barisan Nasional merupakan syarat baru yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sekiranya adalah benar, saya mencabar Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk terus menguatkuasakan syarat tersebut dalam semua urusan jual beli tanah selepas kes Taman Manggis ini untuk menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang melayan semua pihak pembeli tanah secara adil dan saksama tetapi bukannya untuk sengaja menyusahkan Barisan Nasional dan rakyat miskin Pulau Pinang.

“Rakyat Pulau Pinang sekarang boleh mengecam muka sebenar Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi perisitiwa ini, konsortium dan pemaju besar yang membeli tanah di Bayan Mutiara daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, selain daripada hanya perlu membayar deposit sebanyak 1%, mereka turut mendapat kelulusan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membayar jumlah pembelian tanah tersebut yang sebanyak RM1 billion secara beransuran dalam masa 5 tahun. Tetapi, Barisan Nasional yang ingin membeli tanah daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membina projek perumahan rakyat pula diwajibkan had masa sebanyak 30 hari daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membayar baki yang selebihnya. Apa lagi sekiranya perkara ini tidak merupakan penyusahan kepada Barisan Nasional secara sengaja? Sememangnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang sengaja menyusahkan rakyat miskin yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

Oh Tong Keong berkata ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya menjaga kepentingan konsortium dan pemaju besar, tetapi tidak membela rakyat miskin termasuk rakyat dari golongan sederhana rendah yang tidak berkuasa dan kedudukan. Konsortium dan pemaju besar dibenarkan untuk membina vila besar dan mengaut keuntngan besar, tetapi rakyat miskin hanya ingin hidup secara aman dengan pekerjaan yang stabil tetapi masih begitu sukar untuk mencapai!

Oh Tong Keong yang juga merupakan Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam kes penjualan tapak tanah Taman Manggis yang seluas 1.1 ekar ini turut penuh dengan kenyataan yang bercanggah, ia membolehkan rakyat melihat bagaimana mereka berkontradiksi sesama mereka. Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata sekiranya Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin menjualkan tanah seluas 1.1 ekar ini kepada Barisan Nasional, maka seharusnya memulangkan RM11 juta bayaran pembelian tanah kepada pihak hospital swasta yang sebelum ini telah menunjukkan hasrat mereka untuk membeli tanah tersebut. Namun Setiausaha Politik beliau Ng Wei Aik pula berkata bahawa pihak hospital swasta tersebut telah membuat pemohonan terhadap Kementerian Kesihatan tetapi belum mendapat kelulusan, maka RM11 juta bayaran pembelian tanah tersebut masih belum dibayar kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 

“Kenyataan kedua-dua ‘orang besar’ tersebut semenangnya bercanggah sesama mereka, ini jelas menunjukkan bahawa antaranya seseorang telah membuat penipuan kepada rakyat! Hakikatnya, kedua-dua orang tersebut siapa yang bercakap benar? Pemuda Barisan Nasional Pulau Pinang berpendapat bahawa kedua-dua mereka wajib untuk memberi penjelasan kepada orang ramai.”

Oh Tong Keong berkata, sebenarnya mesyuarat MPPP pada 23 Disember tahun lepas telah berbincang berkenaan dengan projek pemaju yang bercadang untuk membina sebuah bangunan bertingkat 30 yang merangkumi 19 tingkat hotel, 6 tingkat hospital swasta serta 5 tingkat tempat letak kereta di atas tapak tanah yang seluas 1.1 ekar tersebut.

Oh Tong Keong berkata, selain itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng turut mendakwa bahawa jual beli tanah milikan Kerajaan Negeri tidak perlu mengadakan perbincangan dan juga mendapat kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau EXCO, kenyataan tersebut tidak dapat diterima, tidak logik dan tidak berpatutan. Ini juga menunjukkan bahawa Lim Guan Eng memang angkuh, sombong dan autokratik dalam pentadbirannya, sama sekali tidak menghirau Ahli-ahli Maljis Mesyuarat Kerajaan Negeri   yang lain sehingga Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hanya wujud sekadar bentuk dan lebih merupakan cap getah kepada Lim Guan Eng. Sekiranya kerajaan negeri Pulau Pinang menjual tanah tanpa perlu berbincang dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, dan Ketua Menteri seorang boleh membuat keputusan secara sesuka hatinya, ini akan menjadi preseden awal yang akan mengakibatkan angkara penyalahgunaan kuasa. 

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan