Gerakan menggesa bertenang berikutan pendakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang atas tuduhan rasuah Baljit: SPRM memenuhi harapan orang ramai dengan mengambil tindakan selepas siasatan dalaman

Kenyataan akhbar oleh

Pengerusi, Biro Pusat Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Gerakan

Dato’ Baljit Singh

30 Jun 2016

Pengerusi Biro Pusat Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Gerakan Dato’ Baljit Singh mengambil maklum ke atas penahanan dan pendakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Cik Phang Li Khoon oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau berkata perjalanan undang-undang mesti tidak diganggu  dan sesiapa yang melanggar undang-undang mesti menjawab tuduhan di mahkamah. 

Baljit berpuas hati selepas siasatan dalaman yang mengambil masa berbulan-bulan lama serta perbincangan umum yang hangat mengenai isu tersebut, SPRM akhirnya membuat keputusan untuk mengambil tindakan wajar selanjutnya sebagaimana yang diperlukan. Beliau berkata SPRM cuma melaksanakan tanggungjawabnya sepertimana yang dinyatakan dalam Akta SPRM 2009 dan memenuhi harapan orang ramai yang mengharapkan tindakan dan jawapan diambil selepas siasatan yang sewajarnya. Beliau juga mengingatkan bahawa sebarang perangai atau tingkahlaku bersifat prejudis dengan berdasarkan kepada fahaman kepartian atau partisan tidak boleh mengatasi kepekaan perundangan.

Baljit yang juga merupakan seorang peguam berkata prinsip keadilan semulajadi (natural justice) adalah terjamin dalam sistem kehakiman negara. Beliau percaya keadilan prosedural untuk melindungi hak dan kepentingan bagi pihak Lim dan Phang akan terjamin bagi meningkatkan keyakinan awam di sepanjang process penghakiman.

“Saya menyeru kepada semua pihak supaya bertenang dan mencermin diri bagi pihak DAP. Ketelusan dan kebertanggungjawaban mesti diamalkan dan bukan hanya diperkatakan, pihak yang tidak bersalah tidak harus berasa takut,” kata Baljit.

 

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan