Kohilan: Pelantikan jawatan Menteri adalah pengiktirafan terhadap Gerakan

Naib Presiden Gerakan mengalu-alukan pengumuman rombakan kabinet

Kohilan: Pelantikan jawatan Menteri adalah pengiktirafan terhadap Gerakan

Kenyataan akhbar oleh

Naib Presiden Gerakan

Datuk A. Kohilan Pillay

28 Jun 2016

Naib Presiden Gerakan, Datuk A. Kohilan Pillay mengalu-alukan pengumuman rombakan kabinet semalam oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak yang melihat pelantikan Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Kohilan berkata pelantikan tersebut adalah pengiktirafan terhadap usaha dan kerelevenan Gerakan.

Kohilan berterima kasih kepada Perdana Menteri atas keyakinan beliau terhadap Gerakan. Beliau berkata Gerakan sebagai salah sebuah parti pengasas Barisan Nasional (BN) adalah sentiasa komited dan memainkan peranan sebagai rakan kongsi yang efektif. Beliau berkata Gerakan memandang serius peranannya dalam BN dan kerajaan dengan bertindak proaktif dalam menggalakkan perpaduan, pentadbiran negara dan penyampaian yang berasaskan keputusan. Beliau berkata parti berbesar hati untuk menjadi sebahagian dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar-dasar yang mengutamakan Rakyat serta pembangunan negara. Beliau juga berkata Gerakan yakin dan optimistik bahawa peluang baru berikutan dengan rombakan kabinet ini akan membolehkan parti memainkan peranan yang lebih besar dalam pentadbiran dan pembangunan negara.

Kohilan berkata pelantikan semula Tan Sri Noh Omar ke kabinet sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah pengiktirafan terhadap BN Selangor selepas kemenangan besar dalam pilihan raya kecil Sungai Besar. Beliau berkata portfolio tersebut adalah penting untuk BN memenangi semula Selangor dalam piliharaya raya umum yang akan datang dengan menangani isu perumahan dan kemiskinan bandar.

Beliau berkata bahawa pelantikan Datuk Abdul Rahman Dahlan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengetuai Unit Perancangan Ekonomi (UPU) adalah tepat dan wajar. Beliau percaya kepimpinan baru di UPU akan merangsangkan motivasi dan idea kepada kerajaan untuk menerajui usaha negara mencapai kemajuan sosio-ekonomi. Beliau turut berkata bahawa kepimpinan yang kuat di UPU akan membolehkan kerajaan menangkis kritikan tidak berasas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kohilan juga yakin dengan kenaikan pangkat Datuk Johari Abdul Ghani dari Timbalan Menteri Kewangan kepada Menteri Kewangan Kedua adalah tepat kerana beliau merupakan seorang bekas ahli korporat dengan pengalaman dan pengetahuan yang meluas dalam aspek kewangan dan ekonomi. Beliau percaya pelantikan Datuk Johari Abdul Ghani akan membantu Perdana Menteri membimbing negara mengatasi cabaran dan ketidaktentuan ekonomi.

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan