Jangan lupa Guan Eng yang suruh sokong PAS - Gerakan

Pemimpin BN Pulau Pinang menyalahkan DAP atas ketegasan yang ditunjukkan PAS untuk melaksanakan hudud dengan membuat usul mengenai perkara itu di Parlimen minggu lalu.

Ketua Biro Undang-undang dan Hak Asasi, Parti Gerakan, Baljit Singh berkata, DAP patut bertanggungjawab kerana parti itu menggalakkan rakyat mengundi PAS semasa pilihanh raya umum ke-13.

"Apakah DAP telah lupa mereka beritahu pengundi Cina bahawa hudud tidak akan memberi kesan, ia hanya melibatkan pemimpin Umno sahaja? Baljit mengingatkan.

"Jadi, DAP patut bertanggung jawab ke atas ini, kenapa bermain politik?" tanya Baljit.

Baljit merujuk kepada dakwaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengenai kerjasama antara BN dan PAS dalam membawa isu hudud di Dewan Rakyat untuk tujuan politik.

Mengulas lanjut, Baljit berkata, DAP bermain politik kerana masih bekerjasama dengan PAS di Selangor, sebagai sebahagian kerajaan negeri yang diketuai oleh PKR menerusi menteri besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Justeru, Baljit menggesa Guan Eng untuk meletak jawatan kerana beliau telah bertanggung jawab, sama ada secara langsung atau tidak, atas kemenangan besar PAS sebelum ini.

Daripada 222 kerusi parlimen, BN menguasai 133 kerusi, DAP 38, PKR 30 and PAS 21.

"DAP adalah parti terkuat tetapi tidak mampu mengawal Pakatan Harapan, walau Parti Amanah Negara juga menyokong PAS dalam hal ini (pembentangan hudud di Parliament). Terima kasih, DAP," kata Baljit.



Source: https://www.malaysiakini.com/news/343459

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan