Keluarga Minta Bantuan Kesan Warga Emas Hilang

GEORGE TOWN, 27 Mei (Bernama) -- Gerakan Pulau Pinang berjanji akan membantu mengesan seorang lelaki dipercayai mengalami gangguan mental yang dilaporkan hilang dari rumah keluarganya di Taman Manggis di sini, sejak Rabu lepas.

Chow Sow Tuck, 67, kali terakhir dilihat memakai baju-T berjalur merah dan putih dan seluar jeans berwarna biru.

Kakak ipar mangsa, Foong Kok Khiew, 74, berkata beliau menyedari adik iparnya hilang pada pukul 7 pagi pada hari berkenaan selepas mangsa meninggalkan rumah tanpa memberitahu sesiapa.

Pemangku Ketua Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong dalam sidang media di sini hari ini berkata parti itu akan membantu menyebarkan maklumat kehilangan mangsa melalui media sosial bagi mengesan warga emas itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau terserempak dengan mangsa supaya menghubungi Foong di talian 016-4958024 atau pejabat Gerakan di talian 04-2280228.

-- BERNAMA




Source: 

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan