Kenyataan Guan Eng Hanya Untuk Selamatkan Diri

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang terpalit dengan penyelewengan tanah Taman Manggis dan pembelian rumah banglo mewah di Jalan Pinhorn, perlu membuktikan dirinya tidak bersalah, bukan hanya dengan mengeluarkan kenyataan bahawa dakwaan penyelewengan itu merupakan satu fitnah terhadap dirinya.

Dapat dilihat, banyak bukti-bukti penyelewengan yang dilakukan Guan Eng telah didedahkan.... Namun, Guan Eng menganggap semua itu sebagai satu fitnah terhadap dirinya yang kononnya penuh integriti ketika menjalankan tugas.

Sekiranya Guan Eng menganggap dirinya berintegriti, Guan Eng seharusnya menjelaskan penyelewengan ini kepada semua pihak dengan cara terbuka dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk siasatan isu ini dijalankan.

Guan Eng tak perlu nak mengajak pemimpin yang mendedahkan penyelewengan ini untuk minum kopi bersama untuk menjelaskan secara 'face to face'... Ajakan Guan Eng ini tidak membuktikan bahawa Guan Eng tidak bersalah, tetapi ajakan ini membuktikan Guan Eng mahu menyelamatkan diri.

Dah berpuluh-puluh kali dah dimaklumkan bahawa Guan Eng perlu menjelaskan isu ini dan dakwaan-dakwaan baru yang ditimbulkan... Tapi apa yang dilakukan Guan Eng sehingga hari ini, hanya untuk menyelamatkan diri.

Semakin hari Guan Eng mahu menyelamatkan diri.... Semakin banyak bukti-bukti penyelewengan Guan Eng akan didedahkan... Guan Eng tak perlu banyak bercakap untuk menyelamatkan dirinya, apa yang perlu dilakukan Guan Eng ialah beri kerjasama dan jawab segala penyelewengan ini kepada semua pihak tanpa perlu berselindung.

Ketua Pemuda Gerakan, Jason Loo juga menggesa Guan Eng untuk menjelaskan isu ini dan tidak mahu Guan Eng terus mengelak atau menyelamatkan diri dengan hanya mengeluarkan kenyataan isu ini sebagai satu fitnah.

Jason berkata, Guan Eng seharusnya mempunyai penjelasan lebih tepat berhubung dakwaan ini, apatah lagi perkara tersebut berkait dengan akuan bersumpah (SD) yang dibuat Phang Li Khoon.

"Adakah Guan Eng beranggapan isu ini akan selesai dengan beliau menuduh semua perkara yang didedahkan adalah fitnah semata-mata? Jika dokumen yang didedahkan itu adalah fitnah, maka sudah semestinya kerajaan negeri mempunyai alasan munasabah untuk menjelaskannya kepada rakyat, bukan berterusan mengelak dan menyalahkan pihak lain," kata Jason.




Source: 

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan