Theme (M)

                                   

                            TEMA PERSIDANGAN PERWAKILAN NASIONAL KE-44 TAHUN 2015

                                           PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA

 

                                     “GERAKAN DEMI MASA DEPAN NEGARA”

 

Tema Persidangan Perwakilan Nasional (NDC) Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) pada tahun ini menyeru dan menggesa rakyat Malaysia untuk berjuang bersama dengan PGRM demi membina masa depan negara yang lebih baik. Pendirian yang tegas ini menjadi bukti kukuh parti dalam melaksanakan tanggjungjawab kita sebagai rakyat di mana kami percaya sepenuhnya bahawa ia bakal membawa kebaikan kepada negara. Tema ini dicetuskan oleh PGRM berikutan wujudnya kebimbangan terhadap pelbagai dilema negara yang berterusan muncul serta menghalang usaha-usaha kita untuk mencapai tahap yang lebih tinggi sebagai sebuah negara. Kami berpendapat bahawa adalah penting daya kesungguhan dan semangat kekitaan ini diwujudkan memandangkan persekitaran sedia ada yang penuh dengan pelbagai cabaran dan isu-isu yang berterusan demi mengembalikan arus perkembangan semula jadi negara.

Sebagai sebuah parti dengan semangat kenegaraan Malaysia yang mendukung kesederhanaan dan keterangkuman, kami tidak beralah dalam usaha kami untuk mencapai sebuah pendekatan yang terancang dan seimbang dalam tadbir urus dan kemasyarakatan.  Kami yakin bahawa langkah tersebut merupakan haluan yang paling tepat bagi negara kita untuk mengatasi sebarang penyelewengan yang berkemungkinan. Banyak lagi yang boleh disumbangkan oleh PGRM dan kami yakin bahawa tema NDC menzahirkan tekad kami untuk berjuang bersama rakyat Malaysia demi mencapai harapan bersama membawakan kemajuan sosial dan kemakmuran ekonomi. PGRM amat komited terhadap idea bahawa Malaysia seharusnya maju secara tetap dan bersungguh-sungguh demi mencapai matlamat untuk menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Adalah menjadi harapan kami agar tema NDC ini akan membawa perubahan positif serta menyatukan rakyat Malaysia untuk gerak bersama dengan PGRM ke arah kejayaan negara dan bersama membina masa depan yang lebih cemerlang.


 

RESOLUSI PERSIDANGAN PERWAKILAN NASIONAL KE-44 TAHUN 2015

PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA

 

KAMI, PERWAKILAN, di Persidangan Perwakilan Nasional (NDC) 2015 Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM):

$1A.    Memperingati ulang tahun Kemerdekaan ke-58 dan ulang tahun ke-52 penubuhan Malaysia yang telah dicapai bersama oleh Bapa Pengasas daripada semua kumpulan etnik dengan semangat patriotik, kekitaan, kerjasama, saling menghormati, kesefahaman selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

$1B.    Meneruskan perjuangan kami untuk membina sebuah negara Malaysia yang bersatu padu, demokratik, adil, liberal dan progresif, mengikut prinsip-prinsip Rukun Negara dan Wawasan 2020.

$1C.   Mengiktiraf, memahami, berkongsi dan bersetuju dengan keresahan majoriti rakyat Malaysia berhubung isu-isu berikut:

$1I.              Menegakkan dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara;

$1II.            Kesederhanaan dan keterangkuman sebagai cara hidup rakyat Malaysia untuk menjamin perpaduan negara;

$1III.           Tadbir urus yang baik, adil, kerajaan yang bertanggungjawab dan berwibawa;

$1IV.          Dasar awam dan penyampaian perkhidmatan yang berorientasikan keputusan;

$1V.            Pengukuhan fiskal dan pertumbuhan ekonomi yang mampan;

$1VI.          Kebimbangan terhadap kenaikan kos sara hidup dan peningkatan kadar upah yang tidak setimbang;

$1VII.         Polarisasi kaum, peningkatan konservatisme agama dan segmentasi;

$1VIII.        Penawaran dan akses secara adil kepada pendidikan berkualiti dan jaringan keselamatan sosial;

$1IX.          Pencemaran alam sekitar dan kualiti hidup yang semakin berkurang;

$1X.            Jenayah profesional, sindiket, rasuah dan ancaman keganasan luar negara.


DENGAN INI, KAMI MEMUTUSKAN:

 

$11.    Bahawasanya, Perlembagaan Persekutuan mesti terus diinterpretasi, difahami dan dihayati secara keseluruhannya, dan dengan cara yang komprehensif dan inklusif; ditegak, dipertahankan dan diimplementasikan dengan secara adil.

$12.    Bahawasanya, semangat Rukun Negara hendaklah dipergiatkan semula, ditegaskan lagi, ditekan semula, diamalkan dan dihayati oleh semua warga Malaysia.

$13.    Bahawasanya, struktur asas kenegaraan jangan sama sekali diubah. Semua tindakan hendaklah ditafsirkan bukan sahaja selaras dengan semangat Perlembagaan Persekutuan, tetapi juga asas-asas kenegaraan. Cubaan merbahaya dan mementingkan diri sendiri yang menjejaskan integriti Perlembagaan Persekutuan haruslah dikutuk dan diberhentikan dengan secara sedar dan kolektif.

$14.    Cara hidup rakyat Malaysia hendaklah dipertahankan pada semua kos tanpa mengira sebarang keadaan. Kesederhanaan dan keterangkuman adalah panduan mulia yang tidak berbelah bagi semua rakyat Malaysia untuk maju ke hadapan sebagai sebuah negara yang bersatu padu. Kepelbagaian masyarakat Malaysia hendaklah diterima dengan sepenuh hati dan jadikan sebagai kekuatan dalam mengharung kisah kejayaan negara.

$15.    Kerajaan mesti sentiasa mendengar suara dan kebimbangan rakyat dan sewajarnya bertindak balas dengan komitmen yang kuat untuk mempromosikan demokrasi, tadbir urus yang baik dan kedaulatan undang-undang. Pemimpin kerajaan hendaklah mempamerkan sikap yang baik serta kepimpinan melalui teladan demi memupuk kepercayaan orang ramai serta berusaha untuk memenuhi harapan rakyat.

$16.    Pelaksanaan dasar awam dan penyampaian perkhidmatan awam hendaklah berorientasikan keputusan. Integriti, kecekapan dan profesionalisme penjawat awam perlu diberi penekanan bagi memastikan pelaksanaan dasar dan perkhidmatan awam berjaya dilaksanakan.

$17.    Pengukuhan fiskal dan reformasi kerajaan perlu diteruskan sebagai langkah tepat dan wajar demi memperbaiki status kewangan negara. Pertumbuhan ekonomi yang mampan perlu diterjemah kepada upah yang memberi manfaat kepada rakyat. Pengagihan kekayaan dan peluang pekerjaan negara di kalangan rakyat Malaysia hendaklah adil dan saksama.

$18.    Kerajaan perlu terus menangani kebimbangan masyarakat awam mengenai kos sara hidup yang meningkat dan peningkatan kadar upah yang tidak setimbang. Rasionalisasi subsidi hendaklah mengambilkira kesusahan dan kesulitan rakyat. Kerajaan perlu mengawal kadar inflasi, pencatutan, eksploitasi buruh dan kehilangan bakat. Selain dasar gaji minimum, suatu penetapan gaji menjaminkan kehidupan sihat yang tercadang boleh dikaji dan kemudiannya diperkenalkan bagi menjamin taraf hidup di kalangan pekerja-pekerja Malaysia.

$19.    Polarisasi kaum, fahaman konservatif agama yang semakin berkembang serta segmentasi telah mengancam keutuhan sosial dan cara hidup rakyat Malaysia. Ketaksuban perkauman dan agama hendaklah dikutuk dan dineutralkan manakala toleransi antara agama dan semangat muhibah harus disebarkan bagi menentang kebencian dan ketidakpercayaan. Kejujuran, rasional, dan kesahihan undang-undang hendaklah diutamakan dalam usaha untuk menjadi pengantara kepada isu-isu agama bagi memastikan rakyat Malaysia mengamalkan agama yang berbeza dan kepercayaan dapat hidup secara harmoni serta saling hormat-menghormati dan bertoleransi.

$110.  Pendidikan berkualiti adalah penting bagi menjamin masa depan negara dengan memupuk belia dan menerapkan modal insan dan bakat. Pendidikan tidak boleh dipolitikkan, ia sepatutnya menggalakkan kecemerlangan, mengembang potensi belia serta bertujuan menyatukan dan bukannya memecah-belahkan. Kerajaan perlu mengambil langkah yang serius dan jujur dalam memperbaiki kedudukan university Malaysia di ranking dunia dan pada masa yang sama meningkatkan menambahbaik serta menyelesaikan isu-isu yang tertangguh sejak sekian lama dalam bidang pendidikan.

$111.  Kebimbangan terhadap kemusnahan alam sekitar adalah nyata dan sering diabaikan oleh pihak berkuasa. Kekurangan kesedaran dan penguatkuasaan yang lemah perlu diatasi dengan langganan asli demi pemuliharaan alam sekitar dan perlindungan. Kekurangan sumber dan kemusnahan ekosistem telah membawa kepada kemerosotan kualiti hidup, kesan perlombongan pasir haram, hakisan tanah dan penebangan hutan secara besar-besaran adalah jelas. Kami menggesa penguatkuasaan yang ketat dan hukuman lebih tegas dikenakan terhadap penceroboh alam sekitar.

$112.  Kebimbangan terhadap peningkatan jenayah kolar putih yang dilakukan oleh golongan profesional kerajaan dan penjawat awam amat membimbangkan dan perlu diberikan perhatian serius oleh pihak berkuasa. Rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa sehingga soal integriti pemegang jawatan awam telah dilaporkan secara berterusan. Kami menyeru kerajaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk memberhentikan kecenderungan tersebut dan memulihkan keyakinan orang ramai terhadap penjawat awam. Ancaman keganasan dari luar negara tidak boleh hanya bergantung kepada undang-undang semata-mata, penguatkuasaan yang cermat dan pencegahan harus ditekankan bagi memastikan keselamatan negara tidak dikompromasi sama sekali.

Search

Calendar

Gerakan Matters

Top

Google+
Follow @partigerakan