Print this page

6 Ahli Parlimen ke Eropah tangkis persepsi salah bahan api sawit

KUALA LUMPUR – Seramai enam Ahli Parlimen Malaysia akan ke Eropah pada bulan depan bagi menangkis usul resolusi Kesatuan Eropah (EU) yang bertujuan mengekang penggunaan biobahan api berasaskan minyak sawit menjelang 2020.

Nama mereka yang telah dikenal pasti oleh pihak Parlimen akan diumumkan tidak lama lagi.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mah Siew Keong berkata kunjungan itu akan diadakan selepas musim panas (di Eropah) bagi memanfaatkan kehadiran ramai penggubal undang-undang EU dan pegawai berkaitan.

“Kami mendapat tarikh yang dipersetujui bersama oleh sebahagian besar pertubuhan dan Ahli Parlimen EU.

“Tujuan delegasi enam Ahli Parlimen kita ke sana adalah untuk menemui mereka, menjawab pertanyaan dan memastikan pandangan mereka adalah sejelas-jelasnya. Kami juga akan memberikan fakta dan angka tepat mengenai industri minyak sawit ini,” katanya.- BERNAMA

 

Source: http://malaysiagazette.com/v2/blog/2017/08/29/6-ahli-parlimen-ke-eropah-tangkis-persepsi-salah-bahan-api-sawit/