Gerakan sokong polisi baik kerajaan PH

KUALA LUMPUR - Parti Gerakan akan menyokong segala dasar baik yang dibawa kerajaan PH selagi ia menjurus ke arah kebaikan dan kepentingan rakyat.

Naib Presidennya Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, parti itu juga akan memainkan peranan sebagai pemantau kepada PH.

“Walaupun kita memantau, tetapi pendekatan kita adalah berbeza daripada parti politik lain.

“Perbezaan itu ialah teguran parti akan disusuli dengan langkah penyelesaian untuk sebarang dan masalah dihadapi kerajaan,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Pada sidang media tersebut, beliau turut mengumumkan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong bakal bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu pada 17 November ini.

Seramai 1,500 perwakilan daripada peringkat cawangan, bahagian serta negeri akan diberi tanggungjawab memilih pimpinan kebangsaan.

Penamaan calon bagi pemilihan itu ialah pada 10 November ini.- Bernama

 

Source: https://goo.gl/ZcYMXq

Search

Calendar

Gerakan Matters

VIDEO

Top

Google+
Follow @partigerakan