MESEJ HARI DEEPAVALI 2018 OLEH PRESIDEN NASIONAL GERAKAN

MESEJ HARI DEEPAVALI 2018

 

OLEH

 

PRESIDEN NASIONAL GERAKAN

 

DATUK SERI MAH SIEW KEONG

 

Deepavali, perayaan cahaya yang melambangkan kemenangan kebenaran dan kebangkitan dari kegelapan rohani, ia membangkitkan rasa bimbingan, pemulihan dan pertalian di kalangan rakyat Malaysia.

 

Selaras dengan semangat Deepavali, kerajaan baru yang dianggap sebagai nafas baru dalam politik Malaysia harus menyelaraskan diri dengan jangkaan dan piawaian yang tinggi. Ia harus berkomited untuk terus menambahbaik masyarakat kita dan setiap komuniti.

 

Saya dengan ikhlas berharap semangat Deepavali yang menjanjikan cahaya dan harapan bagi rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan dan kurang bernasib baik akan diterjemahkan kepada tindakan yang ketara. Justeru itu, kerajaan dan pihak yang berkaitan harus memberi perhatian yang lebih besar terhadap masalah mereka dan banyak berusaha lagi untuk mereka. Gerakan akan terus bersuara bagi pihak mereka dan memberikan yang terbaik untuk membawa lebih banyak penambahbaikan kepada semua rakyat Malaysia.

 

Bagi pihak Parti Gerakan Rakyat Malaysia, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia terutama sekali rakan-rakan kita yang beragama Hindu.

 

Selamat Hari Deepavali!

Search

Calendar

Gerakan Matters

VIDEO

Top

Google+
Follow @partigerakan