Gerakan: Mari bincang usir Umno, bukan tinggalkan BN

Parti komponen BN perlu mengadakan mesyuarat majlis tertinggi untuk memutuskan sama ada perlu mengusir Umno berbanding bertindak keluar daripada gabungan itu, kata ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong.

Beliau menegaskan setiap presiden parti komponen dalam BN memiliki kuasa berkaitan proses membuat keputusan tertinggi dalam gabungan itu.

"Kita perlu memahami bahawa BN bukan milik Umno tetapi parti komponen.

"Ia adalah satu kesilapan untuk membolehkan Umno menguasai kebanyakan jawatan tertinggi BN pada masa lalu seperti timbalan pengerusi, setiausaha agung, dan bendahari," katanya dalam satu kenyataan.

Yong berkata, ini merupakan faktor keangkuhan di kalangan sesetengah pemimpin Umno.

"Umno kini terperangkap dalam keadaan yang serius akibat diri sendiri, terutama kerana kesombongan dan politik wang.

"Dengan adanya barisan kepimpinan baru mereka (seperti yang dilaporkan), masih timbul keraguan bahawa mereka dapat memenangi sokongan daripada majoriti rakyat Malaysia, terutama di kalangan penduduk bandar dalam masa terdekat," kata Yong.

 

Source: https://goo.gl/y2tEgq

Search

Calendar

Gerakan Matters

VIDEO

Top

Google+
Follow @partigerakan