UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI 2018

UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI 2018

OLEH

PRESIDEN NASIONAL GERAKAN

 

DATUK SERI MAH SIEW KEONG

 

 

Rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama dengan rakan-rakan Muslim kita pada hari yang mulia ini. Sambutan kebangsaan ini juga mengingatkan kita supaya terus menjunjung semangat Hari Raya yang menekankan sifat kebaikan, kerendahan hati dan kesederhanaan.

 

Apa yang terbaik sempena sambutan Hari Raya ialah kesempatan untuk  memperbaharui dan mengukuhkan hubungan kita dengan ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan. Pada hari yang istimewa ini, kita mencermin diri dan memaafkan orang lain serta memohon maaf atas kesilapan diri sendiri pada sebelum ini. Mari kita memeluk semula amalan yang mulia ini bagi menggalakkan pemahaman dan penerimaan sesama kita dalam masyarakat majmuk ini.

 

Pilihan Raya Umum ke-14 telahpun tamat, sekarang merupakan masa untuk rakyat berdamai dan masyarakat berpulih supaya kita terus maju ke hadapan. Amalan yang mudah iaitu saling maaf-memaafkan merupakan asas bagi Malaysia untuk kekal bersatu dan berusaha mencapai kejayaan yang lebih besar.


Dengan ini, saya mewakili Gerakan ingin mengucapkan kepada semua rakyat Malaysia, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Search

Calendar

Gerakan Matters

VIDEO

Top

Google+
Follow @partigerakan