Siew Keong kekal Presiden Gerakan sehingga pemilihan

KUALA LUMPUR – Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong mengekalkan jawatannya sehingga pemilihan parti diadakan.

Katanya, walaupun menyuarakan hasrat untuk meletakkan jawatan namun ahli Jawatankuasa Pusat (CC) nekad untuk meneruskan peranannya bagi memastikan kestabilan parti sehingga pemilihan.

“Dalam pertemuan itu, saya telah menawarkan diri untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden Gerakan untuk bertanggungjawab penuh atas kekalahan kami dalam PRU-14.

“Bagaimanapun, ahli CC telah sebulat suara memutuskan peranan saya sebagai presiden akan dikekalkan sehingga pemilihan parti yang akan diadakan tidak lama lagi untuk memastikan kestabilan parti pada masa ini. Saya menerima dan menghormati keputusan kolektif yang dibuat oleh ahli CC,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Dalam masa yang sama, katanya, pimpinan Gerakan mengambil pendekatan untuk melepaskan semua jawatan yang disandang dalam agensi kerajaan mahu pun peringkat majlis tempatan.

Beliau memaklumkan pemilihan parti akan bermula Jun secara berperingkat.

Siew Keong berkata, selain menerima hakikat kekalahan, Gerakan juga berazam untuk terus bersama Barisan Nasional (BN(.

“Kita juga perlu membuat perubahan drastik untuk terus hidup. Oleh itu, kita akan mengkaji semula peranan kita dalam BN mengambil pendapat akar umbi sebagai pemilihan parti bermula bulan depan,” ujarnya.-- Malaysia Gazette

Source:https://goo.gl/3c5R9g

 

Search

Calendar

Gerakan Matters

VIDEO

Top

Google+
Follow @partigerakan