Cheah Soon Hai: Pembangkang harus menyokong undang-undang tersebut demi kesejahteraan negara

Gerakan menyokong titah ucapan Agong untuk menangani berita palsu

Kenyataan akhbar oleh

Timbalan Presiden Gerakan

Dato’ Dr Cheah Soon Hai

6 Mac 2018

1.    Saya merujuk kepada titah ucapan Agong di Parlimen yang menyokong cadangan untuk menggubal undang-undang baru menangani berita palsu bagi membanteras maklumat berbaur fitnah demi kestabilan negara dan awam.

2.    Berita palsu dan kebangkitan internet dan media sosial telah menyebabkan banyak ketegangan sosial dan ketakutan di kalangan rakyat Malaysia. Contohnya, pada baru-baru ini sebuah artikel di blog telah menjana reaksi kuat termasuklah di golongan kenamaan yang menyinggung perasaan sesetengah masyarakat.

3.    Dengan bertindak balas terhadap berita palsu yang diperbesarkan tanpa kawalan, ini bukan sahaja membazirkan masa dan sumber tetapi tumpuan yang seharusnya diberikan ke atas perkara-perkara lain untuk kebaikan negara.

4.    Kita harus ingat bahawa Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum dan ia lebih terdedah kepada isu sensitif dan ketegangan, justeru itu, langkah yang sewajarnya adalah diperlukan untuk memastikan perpaduan berkekalan.

5.    Pembangkang seharusnya memberi sokongan terhadap apa yang betul dan wajar dan bukannya terpengaruh oleh garisan partisan. Berita palsu dan maklumat menghasut turut menjejaskan mereka, sesetengah pemimpin mereka boleh mengimbas kembali bagaimana anak-anak mereka turut terjejas dalam tuduhan palsu ini.

6.    Gerakan bertegas bahawa penubuhan sebuah Majlis Media untuk mempromosikan kawal selia diri adalah penting untuk memastikan ketelusan berita yang disiarkan dan dimuat naik ke laman sesawang serta kredibiliti agensi berita dalam sebuah zaman di mana orang awam sedang berdepan dengan maklumat yang berlebihan

7.    Kami menyeru orang awam agar meningkatkan keupayaan mereka dalam mengenalpasti dan menyemak kesahihan maklumat dan berita serta menghargai kebenaran dan fakta. Dengan mengunakan cara ini, ia adalah cara yang terbaik untuk membanteras berita palsu.

8.    Gerakan juga bersedia menyumbang beberapa cadangan kepada undang-undang baru ini bagi memastikan kebebasan bersuara tidak dikompromi semata-mata untuk membanteras gejala berita palsu. Kami juga harus memastikan hak-hak lain juga tidak tercabul demi mencapai sesuatu objektif.

9.    Tidak sepertimana yang didakwa oleh pembangkang, kelonggaran undang-undang telah diberikan oleh kerajaan dengan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 pada April 2012 yang memansuhkan keperluan media memperbaharui lesen setiap tahun.

Search

Calendar

Gerakan Matters

VIDEO

Top

Google+
Follow @partigerakan