Cadangan tutup Lebuh Cinta, Lebuh Muntri dipersoal

PULAU PINANG 3 Okt. – Cadangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang mahu menutup laluan Lebuh Cinta dan Lebuh Muntri di sini bermula dari pukul 7 malam hingga 4 pagi didakwa akan membebankan penduduk dan menggalakkan aktiviti tidak bermo­ral.

Pengerusi Penang Front Party, Datuk Patrick Ooi berkata, MBPP seolah-olah se­ngaja membuat cadangan tersebut untuk memberi tekanan kepada penduduk se­­tempat supaya me­reka berpindah ke kawasan lain sebelum kedua-dua laluan itu boleh didiami warganegara asing.

Katanya, kawasan yang memiliki ba­nyak deretan rumah wa­­risan itu kini te­lah dipenuhi dengan keha­diran warganegara dari Singapura, China dan Australia sehingga lewat malam sekali gus menganggu ketenteraman penduduknya.

“MBPP menggunakan alasan keselamatan lalu lintas untuk menutup jalan sedangkan rata-rata penduduk kawasan itu tidak bersetuju kerana menyukarkan pergerakan mereka malah cadangan itu seolah-olah menggalakkan operasi kelab hi­buran di kawasan sekitar.

“Mereka sengaja memberi tekanan kepada penduduk, apabila semua mengambil keputusan keluar dari kawasan itu, banyak bangunan akan kosong dan boleh dijual kepada pemaju asing dengan harga yang tinggi sehingga RM7 juta,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

MBPP menerusi surat pekeli­ling bertarikh 4 September yang diberikan kepada penduduk dan pemilik premis kawasan itu memaklumkan cadangan pe­­­­­nutupan laluan tersebut bagi mengurangkan gangguan lalu lintas serta mening­kat kesela­matan pe­­­lancong.

Sementara itu, Naib Pengerusi Par­ti Gerakan ne­geri, Oh Tong Keong berkata, hampir 80 peratus premis dan bangunan wa­risan di Lebuh Cin­ta dijual kepada pemaju luar negara sebelum mereka menyewakannya kepada rakyat tempatan dengan harga antara RM8,000 hingga RM10,000 se­bulan.

“Penutupan Le­buh Cinta dan Le­buh Muntri ini dipercayai mempunyai agenda lain, jadi ki­ta minta keraja­an negeri tidak mem­beri te­­ka­nan kepada penduduk yang menyebabkan mereka berpindah.

“Kerajaan ne­geri perlu uta­ma­kan rakyat yang memberi kepercayaan kepada mereka, ja­ngan sewenang-wenangnya beri kebebasan kepada warga asing untuk memiliki aset di negeri ini,” katanya.

 
 
 
 

Search

Calendar

Gerakan Matters

VIDEO

Top

Google+
Follow @partigerakan