Gerakan mengkritik cadangan Pakatan Harapan untuk memperkenalkan semula SST untuk menggantikan GST Kohilan: GST terbukti sebagai sistem percukaian yang lebih efektif dan ia telah menyelamatkan negara semasa dalam masa kesusahan

Kenyataan akhbar oleh

 

Naib Presiden Gerakan

 

Datuk A. Kohilan Pillay

 

7 September 2017

 

 

Naib Presiden Gerakan, Datuk A. Kohilan Pillay mengatakan pengakuan pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir bahawa tanpa sebarang sistem cukai alternatif terhadap pemansuhan GST akan memberi kesan buruk kepada negara menunjukkan tindakan kerajaan sebelum ini adalah tepat.

 

Beliau mengkritik tindakan Pembangkang yang mengambil kesempatan atas salah faham terhadap GST serta enggan memperakui kelebihan yang dibawa oleh cukai GST.

 

 “GST telah mengukuhkan ekonomi dan mengelakkan ekonomi kita daripada terus merosot semasa kejatuhan harga dunia minyak. Pembangkang harus mengiktiraf  bahawa GST telah menyelamatkan ekonomi negara.

 

 Beliau mengkritik cadangan Tun Dr Mahathir yang bersifat populis kerana adalah tidak wajar untuk memperkenalkan semula SST yang tidak semestinya membawa manfaat yang sama seperti GST.

 

Beliau berkata adalah jelas bahawa GST mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding dengan SST seperti kadar yang dikenakan hanya 6% berbanding 16% oleh SST dan pada masa yang sama lebih banyak barangan keperluan asas sudah dikecualikan cukai.

 

Beliau mengkritik bahawa pihak Pembangkang yang asyik mengubah pendirian mereka atas GST menunjukkan mereka hanya berminat mengambil alih kuasa tanpa memberi pertimbangan kepada kepentingan nasional.

 

Beliau bertegas bahawa GST yang memberi lebih banyak impak positif kepada negara dan tujuan PH ingin memperkenalkan semula SST adalah untuk kepentingan diri sendiri.

Search

Calendar

Gerakan Matters

VIDEO

Top

Google+
Follow @partigerakan