Gerakan mengalu-alukan pelan Kerajaan untuk membangun pelbagai kaum Kohilan: Niat baik daripada Kerajaan mesti diterjemahkan kepada hasil pelaksanaan

Kenyataan akhbar oleh

 

Naib Presiden Gerakan merangkap

 

Penyelaras Batu Kawan

 

Datuk A. Kohilan Pillay

 

20 April 2017

 

 

Naib Presiden Gerakan Datuk A. Kohilan Pillay mengalu-alukan pelancaran Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera (BETR) daripada Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) semalam yang bertujuan untuk memperkasakan Agenda Bumiputera.

 

Kohilan memuji komitmen dan usaha Kerajaan dalam memperkasakan Bumiputera melalui sebuah pelan tindakan yang komprehensif dan berpandangan jauh. Beliau berpendapat bahawa hasil daripada pelan transformasi selama 6 tahun adalah jelas kelihatan dengan kehidupan orang ramai dipertingkatkan dan banyak peluang dicipta untuk masyarakat tersebut bagi memenuhi potensi mereka.

 

Walaupun kerajaan menghulurkan bantuan kepada Bumiputera, beliau turut berasa gembira kerana masyarakat lain tidak diketepikan atau dilupakan oleh kerajaan. Beliau berkata ia terbukti dengan pelancaran Blueprint Masyarakat India yang dijadualkan pada Ahad (23 April) ini. Sebuah unit khas di bawah Jabatan Perdana Menteri yang diketuai oleh seorang Ketua Pengarah akan melaksanakan pelan tindakan sepanjang 10 tahun itu dengan sasaran khas dan dasar yang ditetapkan dengan tujuan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi serta menambah baik kehidupan kira-kira 1.7 juta masyarakat India di negara ini.

 

Beliau yakin dan teruja dengan sebuah inisiatif persekutuan baru yang akan membolehkan lebih ramai kaum India agar setanding dengan masyarakat lain. Beliau berharap 40 peratus golongan pertengahan dalam masyarakat India dapat mengakses bantuan kerajaan untuk meningkatkan tahap pendapatan dan kualiti hidup mereka di bawah rangka pembangunan (Blueprint) tersebut.

                                                   

"Niat baik Kerajaan mesti diterjemahkan kepada hasil pelaksanaan, saya yakin bahawa Blueprint yang bakal diumumkan ini akan mencontohi kejayaan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, kami berharap bahawa lebih ramai kaum India akan mencapai mobiliti sosial ke atas dan menjadi sebahagian daripada kejayaan dan kemakmuran sosio-ekonomi negara, "kata Kohilan.

 

Kohilan berkata, Gerakan telah mengemukakan sebuah memorandum kepada Kerajaan pada Disember 2016. Pelbagai cadangan untuk menangani masalah yang dihadapi oleh masyarakat India dan juga pelan untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat India telahpun dicadangkan kepada Kerajaan oleh Jawatankuasa Khas Masyarakat India Gerakan. Beliau yakin bahawa Blueprint baru ini akan menerap beberapa idea-idea yang berguna dan menterjemahkannya ke dalam dasar-dasar yang memberi manfaat kepada masyarakat India.

Search

Calendar

Gerakan Matters

VIDEO

Top

Google+
Follow @partigerakan