Gerakan Wanita menyokong cadangan RUU Kesalahan-kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 Tan Lian Hoe: Perlindungan yang lebih banyak diperlukan untuk kanak-kanak

Kenyataan akhbar oleh

Pengerusi Gerakan Wanita

Dato’ Tan Lian Hoe

15 Mac 2017

 

 

Pengerusi Gerakan Wanita, Dato’ Tan Lian Hoe menyatakan sokongan beliau berdasarkan sebuah pengumuman oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Najib mengenai penggubalan sebuah Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 yang akan dibentang di Parlimen yang mencadangkan penubuhan sebuah Mahkamah Khas untuk membicarakan kes jenayah seksual kanak-kanak. Beliau yakin bahawa langkah tersebut akan meningkatkan melindungi kanak-kanak kita daripada genggaman pemangsa seksual.

“Penubuhan Mahkamah Khas ini akan mempercepatkan perbicaraan kes jenayah seksual kanak-kanak, ini membolehkan mangsa mendapatkan suatu penutupan dan meneruskan kehidupan mereka, sementara menghukum pesalah tersebut dengan cepat. Kerajaan Malaysia harus memastikan perlindungan kanak-kanak kita mengikuti piawai antarabangsa. Negara seperti India di mana Kementerian Dalam Negerinya mengarahkan semua negeri pada tahun 2013 untuk menubuhkan mahkamah sedemikian untuk menyusul Protection of Children from Sexual Offences Act 2012 di mana bukti kanak-kanak tersebut mesti direkod dalam tempoh 30 hari dan perbicaraan mesti diselesaikan dalam tempoh 1 tahun oleh Mahkamah Khas.”

Beliau turut berkata bahawa langkah-langkah tertentu seperti Jabatan Penjara atau Polis untuk memaklumkan rakyat apabila seorang pesalah seksual dibebaskan ke masyarakat merupakan satu lagi kaedah pencegahan seperti Megan’s Law yang diaplikasikan di Amerika Syarikat boleh dipertimbangkan juga.

“Kerajaan juga boleh mengisytiharkan kawasan-kawasan tertentu seperti taman permainan, sekolah dan tadika atau taska supaya pesalah seksual perlu menjauhi diri menerusi satu arahan sekatan awam untuk satu tempoh tertentu. Ini berpandukan Perkara 9(2) dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kadar kes penderaan seksual kanak-kanak amat tinggi di Malaysia berdasarkan kepada statistik oleh Jabatan Kebajikan Sosial menunjukkan bahawa sebanyak 5,779 kes penderaan seksual kanak-kanak direkodkan antara tahun 2010 ke 2015, dengan purata sebanyak 963 kes setiap tahun.

“Akta baru ini akan memainkan peranan dengan melengkapi dan memperkukuh Akta Kanun Keseksaan dan Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016 kerana ia adalah sambungan akta tersebut. Malah, ia harus merangkumi kemungkinan pesalah tersebut akan bertindak mengahwini mangsa untuk mengelak tindakan undang-undang.”

Beliau akhirnya mengatakan bahawa Gerakan Wanita menyokong penuh tindakan kerajaan untuk meningkatkan perlindungan kanak-kanak dalam negara dan bersedia memberi bantuan jika diperlukan.

Search

Calendar

Gerakan Matters

VIDEO

Top

Google+
Follow @partigerakan